Selalu teringin nak baca al-Quran, tapi tak pandai.

Ingat sikit sikit sahaja cara nak baca sebab belajar masa kecil dulu.

Baca sekarang teragak-agak, tak pasti sama ada betul atau salah baca begitu.

Adakah ini antara masalah yang selalu buatkan anda berfikir hingga membuatkan anda mencari kelas belajar mengaji online?

“Saya rasa hidup saya ada yang tak kena, rasa tak tenang. Saya cari juga apa sebabnya.
Hari tu Allah takdirkan saya dengar 1 kuliah, ustaz tu sebut pentingnya kita baca al-Quran setiap hari.
Ada berkat, boleh lembutkan hati. Tapi saya tak pandai baca al-Quran.
Sekarang saya tekad nak belajar baca al-Quran daripada mula.”

Saya tak kenal huruf al-Quran. Lama dah lupa, kalau tanya saya sikit sikit saya boleh cuba ingat.”

“Selalu saya baca al-Quran kena guna yang ada tulis rumi tu.
Saya sebut ikut ejaan Melayu tu lah.
Saya tahu, macam betul saya sebut tapi kadang dengar orang lain sebut lain pula.”

“Saya bukan tak nak pergi belajar, tapi saya malu.
Dah lah umur dah jauh, lepas tu belajar ramai-ramai. Seganlah.”

Lidah saya dah keras, susah nak belajar. Boleh lagi ke saya belajar baca al-Quran ni?”

“Saya segan dengan isteri dan keluarga mentua. Mereka semua boleh mengaji,
saya terkial-kial. Bila kena suruh jadi imam Maghrib saya akan cuba elak.
Rasa tak terguna pun ada juga depan keluarga sendiri.”

“Tanda baca dalam al-Quran ada banyak jenis, saya keliru. Yang panjang saya baca pendek, yang pendek saya panjangkan. Kalau boleh saya nak baca macam video yang orang pasang dekat tv tu. Sedap dengar.”

“Nak hantar anak belajar mengaji, tapi kalau boleh nak cari yang online. Dia belajar dari rumah sahaja.”

 

InsyaAllah, anda boleh mula belajar sekarang.

Belum terlambat, kita mulakan sama-sama hari ini juga.

 

KELAS ONLINE

Semua kelas dijalankan online (atas talian) menggunakan aplikasi ZOOM atau Google Meet. Jadi anda boleh mengikuti kelas mengaji di mana sahaja anda berada. Kalau ada di rumah, di rumah lah kelas anda. Kalau anda di kampung, masih boleh ikuti kelas mengaji dari kampung sana.

JADUAL KELAS ANDA SUSUN SENDIRI

Anda boleh tentukan masa dan hari yang anda rasa sesuai untuk anda belajar mengaji. Katalah anda ambil kelas 4 kali sebulan, untuk setiap minggu itu hari apa anda nak jumpa guru dan pukul berapa dalam hari itu anda nak belajar juga anda yang tentukan.

Selepas anda daftar kelas mengaji dengan kami, pihak pengurusan kami akan hubungi anda untuk penyusunan hari dan masa kelas mengaji. Kami akan dapatkan hari dan masa yang anda mahu kami susun kelas untuk anda. Iya, sepenuhnya mengikut jadual yang anda sendiri mahu.

PERUBAHAN DALAM MASA 3 BULAN, INSYAALLAH

Dengan mengikuti kelas secara konsisten dan berterusan, insyaAllah anda akan dapat menguasai teknik membaca al-Quran.

KELAS SECARA SATU DENGAN SATU (ONE TO ONE)

Semua pelajar akan mendapat seorang guru dan sesi anda dengan guru tersebut adalah secara satu dengan satu. Anda tak belajar dengan pelajar lain. Jadi guru boleh beri sepenuh tumpuan untuk mengajar dan anda pula tidak perlu merasa segan atau malu untuk mula belajar mengaji.

TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR

Anda nak hantar anak belajar mengaji atau anda sendiri yang baru nak mulakan semula belajar mengaji al-Quran, tak ada masalah. Kami terima semua peringkat umur dan semua tahap penguasaan bacaan al-Quran. Bermula daripada zero pun tak apa, kita mulakan sama-sama.

KELAS BERKUALITI DENGAN MODUL YANG TERSUSUN SELAMA 30 MINIT SETIAP SESI

Iya, cuma dengan masa minimum 30 minit kita dapat buat perubahan besar dalam ilmu pembacaan al-Quran dalam hidup kita.

 

APA KATA MUDIR KELAS MENGAJI AL-QURAN THE SOLUSI TENTANG PENTINGNYA PANDAI MENGAJI?

Mudir Kelas Mengaji Online The Solusi: Imam Muda Hassan

 

MODUL DAN PEMBELAJARAN TERBUKTI BERKESAN

 

“Alhamdulillah, sepanjang saya masuk kelas, saya dapat memanfaatkan masa lebih dengan al-Quran dan dapat belajar ilmu tajwid juga. Kali terakhir saya belajar tajwid waktu zaman sekolah rendah dan selama ini saya belajar mengaji sambil dengar family mengaji sahaja tanpa saya belajar dan meneliti hukum-hukum tajwid. Saya suka masuk kelas sebab ada guru, yang boleh pantau bacaan saya semasa mengaji. Syukur, saya dapat masuk kelas mengaji ini sebab ini adalah kali pertama saya belajar al-Quran dan ilmu tajwid secara personal, dimana membantu saya fahamkan hukum tajwid dan cara bacaannya.
Terima kasih kepada ustazah, kelas mengaji ini sangat sangat membantu saya dalam menambah ilmu.”

 

“Alhamdulillah, kelas setakat ini semuanya ok. Ustazah sangat penyabar terutama untuk kanak-kanak yang introvert. Tunjuk ajar jelas. Slide bagus dan sangat membantu. Ustazah dapat kenal pasti kelemahan murid dan berusaha untuk betulkan. Saya berpuas hati dan berterima kasih untuk semua usaha ustazah.”

 

“Alhamdullilah, kelas ni amat baik untuk saya memperbaiki bacaan saya. Selain itu, tenaga pengajar mempunyai ilmu yang baik tentang al-Quran dan tawjid.”

 

“Okay sangat. Walau pun ustazah dekat oversea tapi kelas berjalan macam biasa.”

 

INI PAKEJ KELAS MENGAJI AL-QURAN THE SOLUSI

Siapa guru pengajar yang akan mengajar pelajar kelas al-Quran nanti?

 

Nak tahu lebih lanjut tentang guru kami boleh tekan di sini.

 

Masih ada soalan yang anda nak tanya?

Kami dah jawab banyak soalan, anda boleh rujuk di sini.

 

BERMINAT UNTUK MULAKAN KELAS MENGAJI DENGAN THE SOLUSI, ANDA BOLEH TERUS ISI BORANG DI BAWAH INI. KITA JUMPA DI KELAS NANTI, INSYAALLAH.