Soalan Anda

Memandangkan ramai yang bertanya soalan yang sama, kami senaraikan beberapa soalan lazim di sini untuk rujukan anda.

 

Berapa harga untuk join kelas Belajar Mengaji Online?

Untuk maklumat berkenaan harga, boleh rujuk sini.

 

Saya zero, langsung tak kenal huruf. Boleh join ke?

Boleh, tak ada masalah. Kami ada ustaz / ustazah yang boleh bantu sesiapa sahaja yang tidak ada asas.

 

Di mana kelas Belajar Mengaji Online?

Kami tidak mempunyai kelas fizikal. Kelas kami 100% online.

 

Bagaimana susunan jadual kelas?

Jadual kelas adalah fleksibel. Anda boleh susun jadual anda bersama guru yang mengajar. Maksudnya nanti setelah berdaftar, anda akan dikenalkan dengan guru yang mengajar dan anda akan berhubung dengan guru pengajar untuk susunan jadual bersama.

Anda akan susun jadual anda untuk semua sesi kelas. Mudah kan?

 

Saya tidak duduk di Malaysia. Boleh join ke?

Di mana pun tempat anda, selagi ada Internet, anda dialu-alukan join. Kami ada pelajar dari Singapore, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain lagi.

 

Belajar secara group atau personal?

Tidak ada kelas secara group. Kelas ini adalah secara personal iaitu one-to-one. Ini bermakna, semasa proses pembelajaran, hanya ada seorang guru dan seorang pelajar sahaja. Tidak bercampur dengan yang lain.

 

Berapa lama boleh improve bacaan saya?

Untuk improve bacaan, ia memakan masa. Ada yang boleh 3 bulan, ada 6 bulan, ada 1 tahun dan ada bertahun-tahun masih lagi tidak boleh improve.

Ini adalah bergantung kepada kelajuan pelajar itu sendiri.

 

Berapa lama boleh lancar mengaji?

Untuk menjawab secara umum, ia bergantung kepada izin Allah. Untuk lancar, anda perlu banyakkan mengaji di luar waktu belajar. Ini bermakna, tidak boleh berharap dengan kelas bersama guru sahaja.

Anda juga boleh minta rakan-rakan yang pandai mengaji untuk bersama-sama mengaji dengan anda.

 

Ada sijil tak?

Ini adalah pembelajaran secara santai, kasual dan tidak mengikuti apa-apa modul. Tidak ada sijil.

 

Macam mana cara pembelajaran di Belajar Mengaji Online?

Seperti yang dimaklumkan, cara pembelajaran adalah secara online. Belajar pun, santai sahaja. Tidak ada stress.

Maklumbalas guru akan diberikan kepada pelajar selepas sesi pertama nanti. Maksudnya pelajar akan dinilai oleh guru untuk tahap penguasaan bacaan, seterusnya guru pengajar akan tentukan modul yang sesuai buat semua pelajar.

 

Cara pembayaran macam mana?

Cara pembayaran adalah secara online / FPX. Pelajar akan berurusan dengan admin untuk urusan bayaran yuran bulanan.

 

Bayar dulu baru study; atau study dulu baru bayar?

Bayar dulu baru study. Pembayaran juga perlu dilakukan dalam masa 7-14 hari pada setiap bulan tersebut.

 

Andaikata  belajar 2 bulan dan mahu berhenti, ada caj apa-apa?

Jika berhenti, tidak ada apa-apa caj. Cuma rugi jika tidak sambung sebelum mencapai apa yang diingini.

 

Selepas berhenti, 3 bulan saya berminat nak join semula. Kena register baru or macam mana?

Jika berminat untuk join semula, masih perlu daftar baru. Cuma tidak janji akan dapat guru yang sama.

 

Bila boleh mula?

Kalau anda sudah bersedia, anda boleh isikan borang terlebih dahulu. Selepas pendaftaran selesai, pihak pengurusan kami akan hubungi anda untuk aturkan anda dengan guru pengajar.

 

Macam mana nak booking?

Seperti yang kami maklumkan, anda hanya perlu borang terlebih dahulu. Setelah itu pihak kami akan uruskan kelas anda bersama guru pengajar.

 

Macam mana nak bayar?

Anda boleh terus isi borang pendaftaran, di sana akan ada bahagian untuk anda buat bayaran pendaftaran dan bayaran yuran bulan pertama.

 

Ada kelas untuk kanak-kanak?

Ada. Kelas ini kami sediakan untuk semua peringkat umur. Daripada kanak-kanak hingga ke dewasa. Kita nak bantu seramai mungkin untuk pandai baca al-Quran.

 

Ada kelas tafsir Al Quran tak?

Maaf, tidak ada. Buat masa ini, kami hanya jalankan kelas belajar Iqra dan Al Quran sahaja.

 

Ada kelas untuk belajar Bahasa Arab Al Quran tak?

Maaf, tidak ada juga. InsyaAllah di masa depan kami akan adakan juga kelas Bahasa Arab jika banyak permintaan.

 

Ada program talaqqi Al Quran bersanad tak?

Maaf, buat masa ini, kami tidak sediakan program untuk talaqqi bersanad.

 

Saya seorang perempuan. Boleh tak nak pilih ustazah sahaja?

Boleh. Kami memang akan berikan guru mengikut jantina pelajar.

 

Saya seorang perempuan. Boleh tak nak ustaz yang ajar saya?

Bagi mengelakkan fitnah, kami hanya akan berikan guru perempuan sahaja kepada pelajar perempuan.

 

Saya seorang lelaki. Boleh tak nak ustazah yang ajar saya?

Maaf, tidak boleh. Jika lelaki, kami akan berikan ustaz. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah.

 

Boleh tak saya hubungi The Solusi melalui Whatsapp?

Boleh sangat. Tekan sahaja sini.